aduh la doc, saya nak anak ramai2.. ada boys, ada girls.. takkan boleh tiga je??
mcm tu saya nak kembar 3 terus la lepasni.. pastu nak ikat, ikat laaaaaaa... :)
nah, aku gugel, pastu aku nak bagi kat doktor tu. tapi sure doc tetap dgn pendirian utk tak nak amek risiko, then of kos kena operate lagi.. haishhhhh
aku amek info dari blog ni.. aku try click kat sumber yang dia bagi, tapi dah expired. info dari Dr. Hamid Arshat.
aku suka soalan2 ni..
bolehkah seorang wanita menjalani dua kali pembedahan caersarean melahirkan bayi secara normal?
sebenarnya ini tidak mustahil kerana pada pengalaman saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas dua kali dibedah caesarean. tetapi sebelum ini, dibenarkan berkali, satu penilaian penting harus dilakukan, samada ronggapunggungnya itu sempit atau tidak dengan melakukan ujian x-ray punggung (pelvimetry) pada bulan terakhir kandungan. ukuran besar bayi juga perlu dilakukan melalui ultra-sound.
ketika mengandung kali ini, ibu tersebut dinasihatkan supaya jangan memakan bahan karbohidtrat atau manisan yang berlebihan untuk mencegah bayi menjadi terlalu besar. makanan yang berasaskan protien dan sayuran perlu ditekankan, malah saya ada satu pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas tiga kali dibedah caesarean. tetapi ini satu keadaan yang amat luar biasa dan kelihatan mustahil tetapi wujud.
perlukah selepas tiga kali pembedahan ia mesti diikat saluran benihnya (streilization)?
sebenarnya pembedahan caesarean ini tidak terhad kepada tiga kali sahaja. kalau pesakit itu sihat dan tidak mengalami apa-apa penyakit yang merbahaya seperti sakit jantung atau buah pinggang, ia boleh menjalani pembedahan banyak kali. mungkin sampai enam atau lapan kali bergantung kepada kemampuan kesihatannya, mentalnya dan kehendak pesakit itu sendiri. saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah dibedah sebanyak enam kali.
so aku rasa harapan untuk anak ramai2 ni masih cerahhhhhhh.. :)
kalau mcm ni, boleh kurus kering aku.. sejam A menyusu. sejam lagi B plak. sejam lagi C plak. Sejam lagi D plak.. bapaknya punya turn tunggu 3 tahun lagi.. bahahaha
kalau semua gelak, sedap la.. tapi kalau semua tgh nangis, aku pun nangis jugak la kalau rupa gini.. mesti melepek je aku balik keje.. xleh la nak masak.. jgn kata nak masak, nak makan pun agaknya tak sompek..
aku adik beradik 6 orang. en. suami 6 orang. haruslah punya anak 12 orang. baru meriah.. bahaha
5 comments:
so awak dah bersalin untuk baby no 3 mcm mana.. boleh normal tak? sy nak tahu sbb kes sy mcm awk jgk ni.
Boleh share x pengalaman awak untuk baby no3..sama ada awk bersalin normal or czer gak..sy pown same kes cm awak..
Nak tanya mcm mne dah salin ker ..apa bole normal atau czer balek
Sy sedih juga sbb 2 kali kena emergency czer..then Dr ckp kali ke 3 nanti kena ikat terus..huhu..sy nak anak ramai..
Sama kes mcm saya.2 kali czer,berdoa smoga ada peluang bersalin normal...kli ni.
Post a Comment