Wednesday, 11 June 2014

duit nak banyak, kerja nak sikit

Dari semalam aku dok menguruskan orang-orang yang berkira kerja ni. Kerja dah lama, gaji dah banyak tapi kerja nak sikit. bagi lebih terus cakap 'tak nak!'.

dekat opis aku ni, macam2 umur ada. dari yang muda sampai la yang dah nak berpencen. yang baru graduate U sampailah ke PhD. dari yang grad bawah sampailah yang grad sama level pengarah.

diorang ni kalau bagi kerja lebih sikit mesti merungut. aku pun sama je. mesti ada perasaan hasad. kenapa orang tu kerja sikit, gaji banyak? kenapa aku kerja banyak tapi gaji sikit? dengki la tu kan?? aku pun sama je. kerja sekadar nak nama. nak bagitau orang yang kau busy giler sbb involve dlm semua aktiviti. ajk itu ajk ini. tapi kerja kau??? yang ni aku tak sama. sbb aku malas nak buat kerja2 yang bukan kerja hakiki aku. unless dengan arahan baru aku buat. huhuhu

bagus letak signage ni kat opis aku. ramai nau yang mcm ni. kehulu kehilir macam tak cukup tanah. bawak fail bawak buku. masuk bilik bos. mcm bz. macam je...
 
kat opis aku ni pun ada jenis manusia yang sukaaaaa sangat masuk bilik bos. kalau bos panggil takpe la jugak. ada lah kerja yang bos nak bagi. tapi ni aku tgk, tiap kali lepas opis hour, nampak muka dia tgh tunggu turn nak masuk bilik bos. banyak nau kerja kot. aku ni nak masuk bilik bos boleh kira dalam setahun. sebulan sekali nak masuk pun payah. bukan aku tak buat kerja. tapi malas nak mengadap bos hari2.
 
ada pulak jenis yang biskut. bukan lemau. tapi kejap ada kejap takde. nak jumpa dia duduk kosi dia, payah! kerja?? of koz la out! (mcm aku kerja bagus je). tapi aku ni nampak gak la muka kat opis ni. hahaha
 
yang jenis makin lama kerja, makin kau nak kerja yang paling mudah pun ada. tu lagi payah. kiranya oleh sebab kau dah kerja 30 tahun, maka kau layak untuk kerja setakat jadi model komputer. duduk je depan komputer. kot la kan.. aku pun duduk jugak depan komputer. tapi kerja buat. apa kerja yang aku tak buat? baca blog orang. facebooking. editing. downloading lagu2. dengar lagu2. baca gosip retis. semua aku buat. pakai headfon, ngadap komputer. janji aku tak kacau hidup orang. kerja opis buat.
 
aku rasa kalau buat anugerah ni, tiap2 orang dapat anugerah. aku ni layak dapat anugerah ketawa kuat, nyanyi kuat, makan kuat. asal ramai2 duduk kat pantry, muka aku mesti ada..
 
aku nak tujukan kat semua orang dalam opis aku. sekian.
 
 
 

 




No comments: